Monday, March 15, 2010

Ayah terbang lagi..

Petang Ahad, ayah terpaksa buat keputusan untuk ke luar negara lagi kerana ada tugas yang perlu segera diselesaikan. Hari Isnin, 8.30pm ayah terbang ke Kaherah, Mesir. Kali ini, hampir seminggu ayah akan berada di sana. Semoga ayah akan berjaya dalam pekerjaan ayah dan kembali bersama kami semula pada hujung minggu ini. Kami semua pasti merindui ayah nanti..

Saturday, March 13, 2010

Ilham.. sehari tanpamu

Cuti sekolah sudah bermula, namun Ilham pula hari ini ke sekolah untuk menghadiri kem ibadah dan persediaan UPSR di sekolah. Malam ini Ilham akan bermalam di sekolah dan esok pagi baru kami sekeluarga akan bersama semula. Ayah pula baru pulang ke rumah setelah 2 hari berada di Bangalore, India. Pagi ayah sempat hantar Ilham ke sekolah, walaupun sudah agak terlambat. Sesekali ketiadaan Ilham, pasti Ayah akan tersasul memanggil nama Ilham. Ilham selalu tolong Mama dan Ayah.. tolong main dengan adik, jaga adik dan macam-macam lagi. Hari ni tengahari pergi rumah Mamalong, masing-masing terasa ketiadaan Ilham. Terasa ada ruang kosong... hmmm. Esok pagi kami akan menjemput Ilham.. bersama sebuah kejutan.